Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu SK Seri Bemban

  1. Jawatankuasa

    Pengerusi : Puan Ramlah Binti Majid ( Guru Besar )

    Naib Pengerusi : Pn. Muhaini Binti Othman ( GPK Kurikulum )

    Ketua Panitia : Pn. Sharipah Aminah Binti Syed Noh

    Setiausaha : Pn. Faridah Bt Che Man

    AJK :

    1. Pn Saadiah Bt Shukor
    2. Pn Suziealiana Bt Ahmad
    3. Pn Habsah Bt Othman
    4.
    En Faizul Ruzi Bin Mohd Fadzir
    5. En Abu Samah Bin Ab Samad
    6. En Iswardy Bin Abd Razak
    7. Puan Yusmaniza Bt Yusof
  2. 8. Puan Noorliaton Bt Razali
    9. Puan Siti Nor Aida Bt Abu Bakar
    10.
    Puan Noorhayati Binti Sanusi
    11. Puan Rosni Bt Juki- Guru Pemulihan Khas

  3. Takwim Panitia Bahasa Melayu 2010.

ü Mesyuarat Panitia 3 kali setahun.

ü Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)

ü Program Nilam.

ü Program Pecut Tahun 6.

ü Kelas Intensif Tahun 6.

ü Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS).

ü Pemantauan dan pencerapan.

Jawatankuasa Panitia

1 Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi

pencapaian akademik dalam peperiksaan UPSR dan peperiksaan

dalaman.

2 Rancangan Pengajaran Harian

3 Buku teks

4 Sukatan Pelajaran dan Huraian.

5 Peningkatan pengajaran dan pembelajaran

6 Peperiksaan dan penilaian

7 Bahan Bantu Mengajar.

8 Pemulihan

9 Kerja latihan

10 Meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran.

· Mematuhi Surat pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran.

· Mengemaskinikan fail-fail panitia.

11 Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan Guru Besar

Selasa, 24 Ogos 2010

ASAL USUL BAHASA MELAYU

Perkataan Melayu dikatakan muncul pertama kalinya dalam tulisan Cina antara tahun 644 – 645 M, iaitu disebutkan bahawa orang Mo-lo-yeu mengirimkan utusan ke negara Cina untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja Cina.

Perkataan Melayu juga dikatakan berasal daripada perkataan “Himalaya” yang bermaksud tempat bersalji.

Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan “Mlayu” bermaksud berlari atau mengembara yang merujuk kepada orang Indo-Melayu atau Austronesia yang bergerak dari Yunan.

Istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan-kawasan gugusan kepulauan Melayu. Berdasarkan “The Malay Culture Study Project” (1972), konsep Melayu merujuk kepada suku bangsa di Semenanjung Tanah Melayu, termasuklah orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.

Von Heine Geldern berpendapat bahawa pengembangan bahasa-bahasa ini ialah dari daerah-daerah Champa, Cochin-Cina dan Kampuchea. Geldern juga berpendapat bahawa asal kebudayaan ini ialah di daerah Yunan, Selatan China. Golongan ini terbahagi kepada dua iaitu Melayu Proto dan Melayu Deutro.

Melayu Proto

Orang dari Yunan telah mengembara ke selatan pada tahun 2,500 Sebelum Masehi.

Puak/kumpulan pertama daripada kumpulan manusia yang dinamakan Indo-Melayu atau Austronesia.

Menjadi asas penduduk Asia Tenggara ketika itu.

Dipisahkan oleh faktor-faktor goegrafi sehingga akhirnya mereka hidup terpisah-pisah.

Keturunan-keturunan mereka dikenali sebagai Semang, Jakun, Jahut, Senoi, Negrito dan banyak lagi yang dikenali sebagai orang asli.

Melayu Deutro

Bergerak dari Yunan pada 1500 Sebelum Masehi.

Mereka menduduki kawasan-kawasan subur di pesisir pantai.

Mahir dalam kerja-kerja pelayaran, ilmu bintang dan firasat.

Faktor-faktor geografi menyebabkan bangsa dan bahasa mereka terpisah dan berkembang mengikut perkembangan penuturnya.

Perkembangan secara terasing inilah akhirnya mewujudkan bahasa-bahasa dan dialek-dialek yang berlainan seperti bahasa Iban, Tagalog, Minangkabau, Jawa, Formosa, Batan, Bisaya dan banyak lagi yang pada asalnya bahasa-bahasa tersebut dari rumpun yang sama.

Bahasa Melayu Deutro dan Proto mempunyai kata-kata dan sistem bunyi yang agak berlainan tetapi jika dibuat penyelidikan yang mendalam kita akan mendapati banyak persamaan yang menunjukkan bahawa bahasa-bahasa itu asalnya serumpun. Bahasa asal itu sebenarnya dinamakan bahasa Melayu Kuno atau bahasa Melayu Proto.

Perkembangan Bahasa Melayu

Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
a. Bahasa Melayu Kuno,
b. Bahasa Melayu Klasik dan
c. Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. Pada waktu itu, BM kuno telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifat bahasa Melayu yang bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.

Contoh: semua-samuha, saya: sahaya

Bahasa Melayu Klasik

Abad ke –13 merupakan waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini.

Kegemilangannya bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu:

i) zaman kerajaan Melaka

ii) zaman kerajaan Acheh

iii) zaman kerajaan Johor-Riau

Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi

Contoh perkataan:

tuanku, baginda, bersiram, mangkat , ratna mutu manikam, edan

kesmaran, (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)

Pinjaman Bahasa Asing

Bahasa Melayu telah meminjam bahasa

asing dalam penggunaannya. Antaranya

adalah :

Bahasa Arab / Parsi

Bahasa Sanskrit

Bahasa Cina

Bahasa Portugis

Bahasa Inggeris

Bahasa Arab / Parsi

Contoh Perkataan
/sy/ syarikat, syamsiah, syarak, isyarat, isyak
/kh/ khabar, khadam, khas, bakhil, tarikh
/gh/ ghairah, ghalib, ghazal, maghrib
/f/ fakir, fitrah, tafsir, tafahus, mualaf
/dh/ darab, darurat, kadi, fardu, haid (bunyi ini dilambangkan dengna huruf d)
/z/ zalim, zaman, wazir

/th/ sabit, selasa, isnin, misal, hadis (disebut sebagai `s')
/q/ qari, qadim, furqan

Bahasa rojak berlaku apabila dua atau lebih bahasa yang digunapakai semasa bertutur.

Kau memang terror (hebat) la!

Tempat makan ni best (bagus) sangat!

Nak makan sini ke nak tapau (bungkus)?

Jangan susah hati maa, lu punya bos mesti boleh kaw tim (bertolak ansur) punya maa!

Apasal (Kenapa) lu buat ini kerja cincai (tak sempurna)?

Bahasa Pasar

Bahasa Melayu Pasar turut termasuk sebilangan perkataan slanga, terbentuk daripada pengubahsuaian daripada perkataan dalam Bahasa Melayu Piawai ataupun dicedok daripada bahasa lain.

Contohnya awek (gadis); balak (jejaka); usha (perhati); skodeng (intai); cun (cantik); poyo/slenge (buruk) dll.

Kata ganti nama yang baru turut direka dengan menggunakan gabungan kata ganti nama sedia ada dengan perkataan orang, contohnya kitorang (kita + orang, menggantikan perkataan kami); korang (kau + orang, bagi merujuk kepada ramai orang); diorang or derang (dia + orang, menggantikan perkataan mereka).


BERSAMA-SAMALAH KITA

MENDAULATKANNYA

Selasa, 17 Ogos 2010

Aktiviti Bulan Kemerdekaan Panitia Bahasa Melayu


1. Pertandingan Tulisan Cantik
Hari : Jumaat
Tarikh : 6 Ogos 2010 (Jumaat)

Ahli Jawatankuasa
  • Puan Yusmaniza Bt Yusuf
  • Puan Siti Nor Aida Bt Abu Bakar
  • En Faizul Ruzi Bin Mohd Fadzir
  • Puan Rossidah Bt Abd Rahman
2. Pertandingan Menulis Karangan
Hari : Rabu
Tarikh : 11 Ogos 2010


Ahli Jawatankuasa
  • Puan Sharipah Aminah Bt Syed Noh
  • Puan Saadiah Bt Shukor
  • Puan Faridah Bt Che Man
3. Pertandingan Deklamasi Sajak
Hari : Rabu dan Jumaat
Tarikh : 18 dan 20 Ogos 2010

Ahli Jawatankuasa

  • En Yusri Bin Muharam
  • Puan Noorliaton Bt Razali
  • Puan Norhayati Bt Sanusi
  • Puan Suziealiana Bt Ahmad
  • En Mohd Iswardy B. Abd Razak
  • Puan Habsah Bt Othman
  • Puan Rossidah Bt Doroah
  • Puan Rossni Bt Juki