Perkataan Melayu dikatakan muncul pertama kalinya dalam tulisan Cina antara tahun 644 – 645 M, iaitu disebutkan bahawa orang Mo-lo-yeu mengirimkan utusan ke negara Cina untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja Cina.
Perkataan Melayu juga dikatakan berasal daripada perkataan “Himalaya” yang bermaksud tempat bersalji.
Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan “Mlayu” bermaksud berlari atau mengembara yang merujuk kepada orang Indo-Melayu atau Austronesia yang bergerak dari Yunan.
Istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan-kawasan gugusan kepulauan Melayu. Berdasarkan “The Malay Culture Study Project” (1972), konsep Melayu merujuk kepada suku bangsa di Semenanjung Tanah Melayu, termasuklah orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.
Von Heine Geldern berpendapat bahawa pengembangan bahasa-bahasa ini ialah dari daerah-daerah Champa, Cochin-Cina dan Kampuchea. Geldern juga berpendapat bahawa asal kebudayaan ini ialah di daerah Yunan, Selatan China. Golongan ini terbahagi kepada dua iaitu Melayu Proto dan Melayu Deutro.
Melayu Proto
• Orang dari Yunan telah mengembara ke selatan pada tahun 2,500 Sebelum Masehi.
• Puak/kumpulan pertama daripada kumpulan manusia yang dinamakan Indo-Melayu atau
• Menjadi asas penduduk Asia Tenggara ketika itu.
• Dipisahkan oleh faktor-faktor goegrafi sehingga akhirnya mereka hidup terpisah-pisah.
• Keturunan-keturunan mereka dikenali sebagai Semang, Jakun, Jahut, Senoi, Negrito dan banyak lagi yang dikenali sebagai orang asli.
Melayu Deutro
• Bergerak dari Yunan pada 1500 Sebelum Masehi.
• Mereka menduduki kawasan-kawasan subur di pesisir pantai.
• Mahir dalam kerja-kerja pelayaran, ilmu bintang dan firasat.
• Faktor-faktor geografi menyebabkan bangsa dan bahasa mereka terpisah dan berkembang mengikut perkembangan penuturnya.
• Perkembangan secara terasing inilah akhirnya mewujudkan bahasa-bahasa dan dialek-dialek yang berlainan seperti bahasa Iban, Tagalog, Minangkabau, Jawa, Formosa, Batan, Bisaya dan banyak lagi yang pada asalnya bahasa-bahasa tersebut dari rumpun yang sama.
Bahasa Melayu Deutro dan Proto mempunyai kata-kata dan sistem bunyi yang agak berlainan tetapi jika dibuat penyelidikan yang mendalam kita akan mendapati banyak persamaan yang menunjukkan bahawa bahasa-bahasa itu asalnya serumpun. Bahasa asal itu sebenarnya dinamakan bahasa Melayu Kuno atau bahasa Melayu Proto.
Perkembangan Bahasa Melayu
Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
a. Bahasa Melayu Kuno,
b. Bahasa Melayu Klasik dan
c. Bahasa Melayu Moden.
Bahasa Melayu Kuno
• Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. Pada waktu itu, BM kuno telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifat bahasa Melayu yang bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
• Contoh: semua-samuha, saya: sahaya
Bahasa Melayu Klasik
• Abad ke –13 merupakan waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini.
• Kegemilangannya bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu:
i) zaman kerajaan Melaka
ii) zaman kerajaan Acheh
iii) zaman kerajaan Johor-Riau
• Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi
• Contoh perkataan:
tuanku, baginda, bersiram, mangkat , ratna mutu manikam, edan
Pinjaman Bahasa Asing
Bahasa Melayu telah meminjam bahasa
asing dalam penggunaannya. Antaranya
adalah :
• Bahasa Arab / Parsi
• Bahasa Sanskrit
• Bahasa Cina
• Bahasa Portugis
• Bahasa Inggeris
Bahasa Arab / Parsi
Contoh Perkataan
/sy/ syarikat, syamsiah, syarak, isyarat, isyak
/kh/ khabar, khadam, khas, bakhil, tarikh
/gh/ ghairah, ghalib, ghazal, maghrib
/f/ fakir, fitrah, tafsir, tafahus, mualaf
/dh/ darab, darurat, kadi, fardu, haid (bunyi ini dilambangkan dengna huruf d)
/z/ zalim, zaman, wazir
/th/ sabit, selasa, isnin, misal, hadis (disebut sebagai `s')
/q/ qari, qadim, furqan
Bahasa rojak berlaku apabila dua atau lebih bahasa yang digunapakai semasa bertutur.
• Kau memang terror (hebat) la!
• Tempat makan ni best (bagus) sangat!
• Nak makan sini ke nak tapau (bungkus)?
• Jangan susah hati maa, lu punya bos mesti boleh kaw tim (bertolak ansur) punya maa!
• Apasal (Kenapa) lu buat ini kerja cincai (tak sempurna)?
Bahasa Pasar
• Bahasa Melayu Pasar turut termasuk sebilangan perkataan slanga, terbentuk daripada pengubahsuaian daripada perkataan dalam Bahasa Melayu Piawai ataupun dicedok daripada bahasa lain.
• Contohnya awek (gadis); balak (jejaka); usha (perhati); skodeng (intai); cun (cantik); poyo/slenge (buruk) dll.
• Kata ganti nama yang baru turut direka dengan menggunakan gabungan kata ganti nama sedia ada dengan perkataan orang, contohnya kitorang (kita + orang, menggantikan perkataan kami); korang (kau + orang, bagi merujuk kepada ramai orang); diorang or derang (dia + orang, menggantikan perkataan mereka).
BERSAMA-SAMALAH KITA
MENDAULATKANNYA